Pages

Monday, March 12, 2012

ijam non yankee

bez gak rupenye IJAM non yankee nie... haha.. baru nk layan.. walhal cite da lame da...

credit to unifi...(berbaloi-baloi)

Tuesday, September 27, 2011

27 sept 2011

i don't know i just feel like i should stop thinking about it but i can't. maybe i've seen too many movies, you know, love at 1st sight. you think you can love somebody just by looking at them? but the thing is, i felt like i knew her. you ever get that feeling?

Sunday, May 22, 2011

assalamualaikum cinta

i really miz this word... hurrmm... bile la dpt lafazkan word nie... entah lah.. haha..
assalamualaikum cinta...
sinetron yg aku suke tgk time 1st year dl... time ati tga berbunge2..lol!!
n mybe sebab ade nirina zubir kot... yg cute.. haha..

sampaikan aku blaja men kod lagu ost cite nie... numata-raja jatuh cinta..

teringat something la plak..
hurrmmm... 4 someone used to be part of my life...
assalamualaikum cinta..

Tuesday, May 3, 2011

bayang-bayang??

nape la susah sgt aku nk cakap..
juz a simple word to change my entire life..
tp tah la..
mungkin bayang-bayang menghantui aku..
bayang-bayang??? haha..
tp aku caye.. lame2 bayang2 tu akan hilang..
aku suke qoute nie..
Time will not allow you to forget those memories but will slowly fade them from the heart.
qoute yg aku jumpe kat profile seseorang...
mungkin kah ade seseorang yang akan ilangkan bayang-bayang tu..??
hrmmm...
mybe aku kene terime bayang-bayang tu sebab "You can't have a light without a dark to stick it in".

ape la bangang aku mlm nie... nak layan perasaan lak...

Tuesday, April 26, 2011

cerita tentang kita by kid n xera

Ada seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka berdua hanya berkawan. Tapi dalam diam masing-masing menyimpan perasaan antara satu sama lain. Suatu hari, si lelaki bertanya kepada si perempuan tersebut.

"Bolehkah kawan bercinta dengan kawan?"




Si perempuan terdiam seribu bahasa. Dia tidak dapat menjawab apa-apa. Takut jawapan yang diberikan bercanggah dengan apa yang diinginkan oleh si lelaki. Si lelaki hanya mampu tersenyum sedangkan dalam hatinya dia sangat kecewa kerana jawapan yang dia nanti-nantikan tidak diberi.

Persahabatan mereka berterusan seperti biasa. Mereka berlagak seperti kawan biasa, sedangkan di dalam hati masing-masing menyimpan perasaan cinta yang belum dilafazkan. Hanya disebabkan oleh status 'kawan', si lelaki dan si perempuan takut untuk mengungkapkan kata-kata keramat yang bakal mengubah hidup mereka berdua.

Entah berapa lama, perasaan yang mereka simpan semakin berputik dan berkembang bak bunga yang mekar di taman. Namun mereka masih tetap menyimpan perasaan tersebut jauh di lubuk hati. Tidak lama kemudian, si lelaki akhirnya memulakan langkah pertama. Biasa la, lelaki kan lebih cool berbanding perempuan. haha..

Dengan perasaan yang malu-malu, si lelaki bertanya kepada si perempuan. Dikumpul segala keberaniannya untuk bertanyakan satu soalan yang paling hebat dalam hidupnya selama ini.

"Siapa saya bagi awak?"

Si perempuan terperanjat dengan soalan itu. Kepalanya berserabut memikirkan jawapan terbaik yang perlu diberikan. Sekiranya dia menjawab 'lelaki yang saya suka', dia takut yang itu mungkin bukan jawapan yang diinginkan oleh lelaki tersebut kerana si perempuan itu langsung tidak tau yang lelaki itu juga suka kepadanya.

Akhirnya dia menjawab dengan berkata 'awak adalah kawan saya' demi untuk terus menjaga persahabatan yang telah lama terjalin agar tidak terputus kerana dia takut lelaki tu nanti tak anggap dia sebagai perempuan yang disukainya dan dia juga malu untuk mengakui perasaan hati sendiri. At least bila stay dalam lingkungan persahabatan, hubungan mereka tetap akan terjalin.

Tapi lain yang diharap lain pula yang menjadi. Si lelaki kecewa dengan jawapan yang diberi oleh si perempuan. Dia menganggap yang si perempuan memang langsung tak ada perasaan terhadapnya. Dia akhirnya hilang harapan terhadap perempuan yang disukainya itu. Baginya, status kawan tidak mungkin akan berubah sampai bila-bila lagi.

Hubungan mereka berdua pun menjadi semakin kurang mesra kerana si lelaki masih berkecil hati dengan si perempuan. Si perempuan pula perasan yang si lelaki semakin menjauhkan diri daripadanya. Mereka masih berkawan, tetapi hubungan persahabatan itu nampaknya semakin dingin seiring masa berjalan. Masih adakah harapan untuk mereka bersama?

-copt paste from pe2jerlablog-

haha..

Wednesday, April 20, 2011

janji tau.. janji tau...

sementara nak tunggu game real madrid barcalona nie. aku terpikir nak wat entry baru.. ha.. janji..

Aku perasan, zaman sekarang, bila dah bercinta nak rak tu, semua pakat main tabur janji macam ahli politik. Semua janji nak manis-manis je.

"Saya berjanji akan sehidup semati dengan awak"
"Saya berjanji akan jaga awak sampai bila-bila"
"Saya berjanji awak seorang je kat hati saya sampai bila-bila."
"Saya berjanji akan tunggu awak sampai bila-bila"
"Saya berjanji akan sayang kat awak even awak kahwin dua"


But, the fact is, most of the janji hanyalah another bullshits. How the hell si lelaki boleh berjanji akan letak awek dia sorang kat dalam hati dia sedangkan tak ada siapa pun yang mampu kawal hati dan perasaan? Dan aku tak faham macam mana a girl boleh berjanji untuk hidup semati dengan seorang lelaki yang dia belum kahwini? Hey, mana dia tahu yang lelaki tu jodoh dia? Even orang yang kahwin pun boleh bercerai, ini kan yang belum kahwin. Kan?

Masa bercouple dan bercinta, memang lah rasa macam longlasting ever. Tapi, hati dan perasaan senang je berubah. Bila-bila masa je boleh berubah. Jadi, it is not right la bila seseorang membuat janji yang tak pasti. Tak real langsung.

Daripada 100 orang kawan yang korang kenal, berapa ramai yang hanya ada kekasih dari dulu sampai sekarang? And how about your boyfriend(s) and girldfriend(s). Dieorang ada ada ex tak? Berapa orang? Pernah tak korang bayangkan, apa janji-janji manis dia kat ex dia? Adakah janji-janji yang sama seperti mana dia janji kat korang which is janji-janji manis seperti 5 janji di atas?

Apa pun boys, kalau ada awek yang berjanji akan kasi korang kahwin dua, mungkin korang patut kahwin dengan dia. HAHA.

Monday, April 18, 2011

andai aku tahu

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.


Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.


Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..


Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.


Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.


Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.



Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja


Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.

Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.


Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.