Pages

Tuesday, April 26, 2011

cerita tentang kita by kid n xera

Ada seorang lelaki dan seorang perempuan. Mereka berdua hanya berkawan. Tapi dalam diam masing-masing menyimpan perasaan antara satu sama lain. Suatu hari, si lelaki bertanya kepada si perempuan tersebut.

"Bolehkah kawan bercinta dengan kawan?"




Si perempuan terdiam seribu bahasa. Dia tidak dapat menjawab apa-apa. Takut jawapan yang diberikan bercanggah dengan apa yang diinginkan oleh si lelaki. Si lelaki hanya mampu tersenyum sedangkan dalam hatinya dia sangat kecewa kerana jawapan yang dia nanti-nantikan tidak diberi.

Persahabatan mereka berterusan seperti biasa. Mereka berlagak seperti kawan biasa, sedangkan di dalam hati masing-masing menyimpan perasaan cinta yang belum dilafazkan. Hanya disebabkan oleh status 'kawan', si lelaki dan si perempuan takut untuk mengungkapkan kata-kata keramat yang bakal mengubah hidup mereka berdua.

Entah berapa lama, perasaan yang mereka simpan semakin berputik dan berkembang bak bunga yang mekar di taman. Namun mereka masih tetap menyimpan perasaan tersebut jauh di lubuk hati. Tidak lama kemudian, si lelaki akhirnya memulakan langkah pertama. Biasa la, lelaki kan lebih cool berbanding perempuan. haha..

Dengan perasaan yang malu-malu, si lelaki bertanya kepada si perempuan. Dikumpul segala keberaniannya untuk bertanyakan satu soalan yang paling hebat dalam hidupnya selama ini.

"Siapa saya bagi awak?"

Si perempuan terperanjat dengan soalan itu. Kepalanya berserabut memikirkan jawapan terbaik yang perlu diberikan. Sekiranya dia menjawab 'lelaki yang saya suka', dia takut yang itu mungkin bukan jawapan yang diinginkan oleh lelaki tersebut kerana si perempuan itu langsung tidak tau yang lelaki itu juga suka kepadanya.

Akhirnya dia menjawab dengan berkata 'awak adalah kawan saya' demi untuk terus menjaga persahabatan yang telah lama terjalin agar tidak terputus kerana dia takut lelaki tu nanti tak anggap dia sebagai perempuan yang disukainya dan dia juga malu untuk mengakui perasaan hati sendiri. At least bila stay dalam lingkungan persahabatan, hubungan mereka tetap akan terjalin.

Tapi lain yang diharap lain pula yang menjadi. Si lelaki kecewa dengan jawapan yang diberi oleh si perempuan. Dia menganggap yang si perempuan memang langsung tak ada perasaan terhadapnya. Dia akhirnya hilang harapan terhadap perempuan yang disukainya itu. Baginya, status kawan tidak mungkin akan berubah sampai bila-bila lagi.

Hubungan mereka berdua pun menjadi semakin kurang mesra kerana si lelaki masih berkecil hati dengan si perempuan. Si perempuan pula perasan yang si lelaki semakin menjauhkan diri daripadanya. Mereka masih berkawan, tetapi hubungan persahabatan itu nampaknya semakin dingin seiring masa berjalan. Masih adakah harapan untuk mereka bersama?

-copt paste from pe2jerlablog-

haha..

6 comments:

  1. lelaki 2 tros terang je la..ish, geram btol.hehe..

    ReplyDelete
  2. wah...suke2 la cite ni...nape la dua2 ckp je trs trg...

    ReplyDelete
  3. lelaki dan perempuan itu seperti tidak mengenali antara satu sama lain lagi..haha
    just like my story~ LOL :P

    ReplyDelete
  4. haha... tol gak melor... msg2 nk tau hati budi kot kan... haha... lol~~~

    ReplyDelete